KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menghargai peranan dan kerjasama media terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha yang telah, sedang dan akan diambil kerajaan di negeri itu, termasuk Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Sehubungan itu, beliau meminta pengamal media di negeri ini terus memberi sokongan dan membantu dalam melaporkan program yang dilaksanakan kerajaan, agar dapat diketahui oleh rakyat di peringkat akar umbi.
Hajiji berkata sebagai tanda sokongan berterusan dan menghargai sumbangan media di Sabah, pada tahun 2022 jumlah sumbangan kerajaan negeri untuk Anugerah Kewartawanan Kinabalu ditingkatkan kepada RM100,000 daripada RM60,000 sebelum ini, dan jumlah itu akan diteruskan untuk tahun ini.
"Peningkatan sumbangan ini juga, merupakan pengiktirafan kerajaan negeri kepada media sebagai rakan kongsi yang penting dalam menyebarkan dasar dan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri," katanya berucap pada Majlis Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Media 2024, di sini malam ini.
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
"Menerusi laporan media ia kadangkala menjadi antara sumber maklumat kepada kerajaan untuk mengetahui apa yang berlaku di peringkat akar umbi, selain rintihan rakyat.
"Saya juga meminta media supaya mengamalkan sikap bertanggungjawab, profesional dan beretika, dalam menyampaikan laporan agar rakyat tidak keliru hingga menimbulkan rasa bimbang," katanya.
Oleh itu, Hajiji menggesa media arus perdana supaya menyediakan berita yang tepat dan berfakta, bagi menangkis pelbagai berita palsu yang dilaporkan di media sosial.
Sementara itu Ketua Menteri berkata majlis itu adalah sebagai tanda terima kasih dan menghargai peranan penting pengamal media sama ada media cetak, elektronik dan portal, dalam membuat liputan program-program dan aktiviti anjuran kerajaan negeri.
Pada majlis itu, turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000 untuk penganjuran Anugerah Kewartawanan Kinabalu 2024 kepada Presiden Persatuan Wartawan Sabah Datuk Muguntan Vanar.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sabah Datuk Seri Safar Untong; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharram; dan Pengarah Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri Datuk Lucy Irene Yong.
Majlis itu juga dihadiri lebih 250 pengamal media di Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan cek replika bernilai RM100,000.00 kepada Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Muguntan Vanar sebagai sumbangan kerajaan kepada SJA. - Foto BERNAMA
Konsulat Malaysia di LA sudah hubungi keluarga pendaki maut - Wisma Putra
Wisma Putra berkata pihaknya sedang memantau keadaan kesihatan mereka dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles (LA).
[TERKINI] Pendaki Malaysia maut ketika daki gunung tertinggi Amerika Utara
Seorang daripada tiga pendaki Malaysia maut ketika mendaki Gunung Denali, Alaska yang merupakan puncak tertinggi di Amerika Utara.
Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK
Selain Biden, Menteri Luar UK, David Cameron membawa nada yang sama bahawa Hamas mesti menerima cadangan perang Gaza yang diumumkan Presiden Amerika bagi pihak Israel.
Hamas bersedia berurusan secara positif dengan Israel
Hamas dalam satu kenyataan mengesahkan kesediaannya untuk berurusan secara positif terhadap kandungan cadangan gencatan senjata kekal tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai
MIMAC yang sedang berlangsung bermula semalam hingga esok, turut menerima GPS sebanyak RM200,000 daripada KBS.
AWANI Pagi: Memahami akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022
Diskusi 8.30 pagi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, untuk memahami pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 pada 2022 yang akan berkuatkuasa hari ini, bagi menjamin keselamatan pekerja.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Neville nasihat Manchester United kekalkan Ten Hag
Khabar angin bertiup sejak beberapa bulan lalu bahawa Ratcliffe dan INEOS bakal memutuskan untuk memecat Ten Hag selepas EPL berakhir.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom tidak boleh dilalui akibat cerun runtuh
Jalan menghubungkan Kota Kinabalu - Keningau - Tenom tidak dapat dilalui buat masa ini susulan kejadian cerun runtuh di Kampung Togudon, Penampang.
KPKM suntik RM15 juta untuk tingkatkan pengeluaran daging lembu di Sabah menjelang 2030
Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata ketika ini komoditi daging lembu di wilayah itu hanya 7.57 peratus dan melalui peruntukan tersebut ia akan dapat ditingkatkan kepada 25 peratus m
Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI bantu kerajaan noktah kemiskinan - Bung Moktar
Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI adalah antara langkah awal bagi membantu usaha Kerajaan Persekutuan menoktahkan kemiskinan di luar bandar khususnya di Sabah.
401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan - Dr Dzulkefly
Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
ESSCOM tahan 37 individu dalam operasi bersepadu di Kalabakan
Sebanyak 37 individu ditahan melibatkan pelbagai kesalahan dalam operasi Pos Pemeriksaan Darat (RCP) di bawah ESSCOM.